Index» » » » » » » » » » » » PRU 13 Pemantau K’tan serah tuntutan pilihan raya bersih kepada PDRM

PRU 13 Pemantau K’tan serah tuntutan pilihan raya bersih kepada PDRM

Rabu, 25 Desember 2013

MENERUSKAN langkahan pemantauan PRU13, pasukan Pemantau Kelantan telah mula melaksanakan tugas ke arah pilihan raya yang bebas dan adil. Sekitar jam 3:30 petang kelmarin 20 Januari 2013, Pemantau Kelantan telah mengunjungi Balai Polis Kota Bharu.
Tujuannya hanya satu iaitu menyerahkan resolusi Pemantau Kelantan yang telah dikeluarkan hasil dari seminar sehari pemantau PRU13 Kelantan 19 Januari lalu. Antara 7 resolusi tersebut termasuklah menuntut pihak polis mampu bersikap berkecuali setiap waktu tanpa memihak kepada mana-mana parti politik sekaligus meletakkan harapan ka arah penambahbaikan integriti pasukan PDRM dalam suasana PRU13.

Sikap profesional PDRM amat penting bagi menjamin kelangsungan suasana yang membolehkan rakyat menikmati hak-hak dalam sistem demokrasi termasuklah hak untuk bersuara, berhimpun dan menyatakan pandangan sebagaimana dijamin oleh perlembagaan Negara. Apatah lagi dalam suasana pilihan raya umum ini, rakyat amat perlu dibekalkan dengan maklumat-maklumat tepat dari parti-parti politik.

Bila suasana semasa begitu melihatkan parti-parti BN diberi liputan meluas dalam media-media elektronik, tiada pilihan lain kepada parti-parti PR selain turun padang dan mengadakan himpunan seberapa kerap bagi menerangkan pelbagai isu kepada rakyat. Dalam situasi sebeginilah peranan pihak PDRM amat siknifikan bagi memastikan keamanan dikekalkan bagi membolehkan rakyat mendapat cukup penerangan dari parti-parti politik Negara.

Semasa kunjung hormat itulah pihak pasukan Pemantau Kelantan mendapati gambar Menteri Besar Kelantan diturunkan sebaliknya gambar Perdana Menteri Malaysia terus digantung. Timbul persoalan apakah ini suatu sikap tidak profesional yang ingin ditunjukkan oleh pihak PDRM? Menteri Besar Kelantan pada hari ini telah dipilih dari satu pilihan raya yang sah sama seperti Perdana Menteri.

Selaku aktivis Pemantau Kelantan, kami amat berharap hal sebegini tidak berulang sebagai memastikan PDRM bebas dari kongkongan politik kepartian. Sehingga selesainya PRU13, Pemantau Kelantan akan terus berusaha sedaya mungkin memastikan PRU13 mampu dilangsungkan secara bebas dan adil.
Kami meyakini kerajaan yang baik hanya lahir dari pilihan raya yang bebas dan adil tanpa dikotori oleh pelbagai anasir yang tidak sihat. Terus ikuti kami, pusatrakyatcp@gmail.com.
Salam jihad!
(Mohammad Faizal Che Yusof)
(Koordinator Pusat Rakyat CP)
Short URL: http://www.keadilandaily.com



Tidak ada komentar:

Posting Komentar