Index» » » » » » » » » » Cara pengeluaran akaun 2 KWSP bayar pinjaman ansuran rumah

Cara pengeluaran akaun 2 KWSP bayar pinjaman ansuran rumah

Sabtu, 21 Desember 2013


Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan yang diambil bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah

kwsp akaun 2 rumah cara pengeluaran akaun 2 kwsp bayar pinjaman ansuran rumah
Pengeluaran ini adalah tambahan kepada pengeluaran perumahan sedia ada iaitu Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Kelayakan Memohon
Warganegara Malaysia; ATAU
Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian
memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
Bukan warganegara Malaysia yang
  • Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
  • Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan; DAN
Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600.00 di dalam Akaun 2


Maklumat lanjut : Cara dan Panduan ataupun Borang Permohonan
Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dan lebih jelas sila klik tajuk capaian Ansuran Bulanan Pinjaman Rumah – KWSP


sumber



Tidak ada komentar:

Posting Komentar